3 hours ago · Food · hide · 0 comments

Assalamualaikum geng semua! Pernah dengar tentang komuniti HAM-JERANTUT? Bagi yang belum kenal, mereka ialah sekumpulan operator radio amatur dan SWL yang aktif. Walaupun nama mereka membawa istilah “HAM”, sebenarnya sebahagian kecil daripada komuniti ini tidak memiliki callsign, namun majoritinya pula merupakan elmer berpengalaman dalam dunia radio amatur. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti di band 2M semakin lesu berbanding dahulu, manakala HF pula agak terhad dan mahal. Justeru, kebanyakan mereka beralih ke platform dalam talian menerusi Zello. Ya, di situlah mereka bertapak sekarang. Meskipun Zello bukan platform khusus radio amatur, segala SOP operasi radio amatur masih dikekalkan dan seumpamanya dengan sedikit kelonggaran.

No comments yet. Log in to reply on the Fediverse. Comments will appear here.